pasta ni aku buat utk b.fast,merangkap skali dgn bento aniq...ari ni semua budak2 kena bwk bento sendri...time ni la aku pening nak pikir bento ape yg bkn saje sedap tp kena menarik minat budak2...nnti aniq malu pulak nak buka bento dio yg aku buat entah aper2...lupa pulak aku nak snap gmbr bento dia pg tadi..
aku buat furikake gohan,ku gentil bulat..sbb aniq nak mcm tu. Pastu aku goreng ebi & homemade nugget...ok la tu!!!harap2nyer licin la bento tu ari ni...
ni resepi pasta carbonara yg ku ambk dr myresepi(yani)..tp aku main hentam jer guna pasta yg jenis lain...ikut ape yg ader kat umah jer
* 2 biji telur separuh masak
* pasta utk 2 org makan
* 2 sudu besar mayonis
* 2 sudu besar butter
* sedikit garam
* 1 ulas bawang putih- dicincang
* 1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang
* 2 sudu besar minyak zaitun
* Parmesan cheese secukupnya
* Parsley kering secukupnya
* 4-5 biji cili api (kalau nak ubahsuai dgn citarasa melayu)
* serbuk lada sulah/lada hitam
Cara-cara
1. Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.
2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan pasta ke dlm no.2 bersama dengan 5-6 sudu besar air rebusan pasta tadi. Kacau balik sekejap.
4. Kemudian masukkan pula butter dan mayonis ke dlm pasta tadi. Gaul rata. Adjust rasanya. Tambah garam kalau tak masin
5. Utk hidang : Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese, kemudian letaklah telur separuh masak dan taburkan daun pasley dan serbuk lada sulah/lada hitam.
6. Note :Kalau nak sesuaikan dengan tekak melayu, boleh masukkan potongan cili padi semasa tumis bawang.
0 件のコメント:
コメントを投稿